Hari ni aku nak bercakap tentang bola buat pertama kalinya, dan sebagai seorang peminat the Red of Manchester, hari ini adalah hari peringatan sempena kejadian The Munich Air Disaster. Kalau korang mengaku sebagai peminat Manchester United, tapi korang tak tahu menahu pasal Munich Air Disaster, meh aku basuh korang dengan Clorox + Mr Muscle.
53 tahun yang lalu, 6 February 1958 adalah “the darkest day in United’s history”. 23 orang meninggal dunia setelah terlibat dalam kejadian kapal terbang sewa khas (charter) terhempas. Kapal terbang tu dalam perjalanan pulang dari perlawanan antara Man Utd dengan Red Star Belgrade, singgah di Munich untuk refuel. Kapal terbang tu gagal dalam dua percubaan pertama untuk berlepas, dalam percubaan kali ketiga – the plane crashed.
Daripada 23 orang yang pulang ke rahmatullah, 8 orang adalah player United dan 3 orang staff United, selebihnya pilot, plane crew, journalist & travel agent. Daripada 8 orang player ni salah seorang adalah Duncan Edward. Edward ni baru 21 tahun masa tu, tapi dia seorang player yg sangat penting, nak bayangkan Edward ni masa 21 tahun macam mana samalah dengan Rooney pada usia yang sama.
Apa yang menarik adalah, Sir Matt Busby - yang survived dalam kejadian tersebut walaupun tercedera teruk (dia keluar hospital hanya setelah 9 minggu di hospital) – telah membangunkan semula team Manchester United sehingga berjaya memenangi European Cup buat pertama kali dalam sejarah kelab.
The darkest day: Feb 6th 1958. We will never forget.
No comments:
Post a Comment