Seorang kanak-kanak perempuan dari China, Lei Yadi min, 1 tahun, mencatat rekod dunia apabila mempunyai 12 jari tangan dan 26 jari kaki, menjadikan jumlah jari sebanyak 26 semuanya.
Rekod sebelum ini dipegang oleh dua orang kanak-kanak India, Pramanyana Menaria (5 tahun) dan Devandra Harne (15 tahun) yang mempunyai 12 jari tangan dan 13 jari kaki (25 jari semuanya).
Keadaan congenital anomaly ini berlaku sekali dalam setiap 500 kelahiran. Untuk nota, kesemua rekod di atas adalah jauh lagi daripada menyamai rekod dunia yang sebenarnya apabila seorang kanak-kanak juga di China pernah dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki. Tetapi namanya tidak layak untuk diletakkan di dalam Guiness World Book of Records sebab doktor mengambil keputusan untuk membuang jari-jarinya yang terlebih itu.
No comments:
Post a Comment