February 17, 2011

T5 Cerita Pelik: Pisau Tertanam Di Dalam Tengkorak Selama 4 Tahun

Seorang mangsa rompakan jalanan mengalami sakit kepala yang teruk sejak 4 tahun lalu tanpa diketahui apakah puncanya sehingga doktor menemui sebilah pisau berukuran 4 inchi di dalam tengkoraknya!!

Ya! Mr Li, 37, seorang pemandu teksi di Yunnan China telah dirompak 4 tahun lalu. Semasa kejadian, perompak telah menikam beliau di kepalanya, dan pisau yang digunakan telah patah pada di bahagian pemegang menyebabkan bilahnya masih terbenam di dalam kepala di antara bahagian belakang telinga dan tengkorak.


Mr Li langsung tidak menyedari yang pisau tersebut masih terpacak di dalam kepalanya dan sering mengadu mengalami sakit kepala yang berpanjangan sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar di Yuxi People Hospital.

Seorang jurucakap hospital berkata:

"Dia mengadu bahawa dia mengalami sakit kepala sejak sekian lama dan mengalami pendarahan tanpa punca di telinga dan mulut. Sebaik sahaja kami melakukan imbasan x-ray, punca kepada semua masalah tersebut jelas kelihatan.

Apa yang mengejutkan ialah bagaimana Mr Li boleh bertahan hidup sekian lama dengan 4 inchi pisau berada di dalam kepalanya. Kami biasa mendengar kes jarum ataupun objek kecil terbenam di dalam kepala, tetapi tidak pernah sama sekali membayangkan objek sebesar ini boleh tertanam di dalam kepala tanpa disedari oleh tuan punya badan"

Luo Zhiwei, Ketua jabatan Pembedahan di hospital itu menyifatkan kejadian ini sebagai satu keajaiban perubatan.

Source: Metro.co.uk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...